JANGAN MARAH WAHAI TEMANKU.
Bismillahi’ Rahmani’Raheem..
Ketahuilah,sesungguhnya marah itu adalah sifat tercela yang banyak memberi kesan buruk.Ini kerana,ia boleh memberi kesan pada tubuh badan luaran ataupon dalaman(hati).Maka menghapusakan kemarahan merupakan sebahgian perkara yang penting dalam agama islam.
Pernah berlaku peristiwa ketika zaman RasuluLlah ,seorang lelaki pernah berjumpa dengan Nabi Saw,lalu ia pon berkata:
Ya rasulullah suruhlah aku melakukan sesuatu dan apa yang perlu aku kurangkan.
Lalu Baginda pon menjawab dengan soalan yang diberi:
لا تغضب
janganlah marah
Lelaki itu mengulangi beberapa kali permintaan nya,tetapi nabi Muhamad Saw tetap menyebut perkara yang sama..
Marah itu perlu dihapuskan tetapi bukan bermaksud semua,bahkan sekiranya terhapus kesemuanya,kita perlu untuk menghasilkan semula.Ini kerana ia merupakan ‘’peralatan’’ untuk kita memerangi orang kafir,mencegah kemungkaran dan menyuruh kepada kebaikan.Manakala kaedah menghilangkan marah melalui perkejaan itu pula,seorang itu perlu berkata:
الرجيم الشيطان من باالله أعوذ
Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan yang rejam
Ini kerana kemarahan itu berpunca dari syaitan.Jika sekiranya kemarahan itu tidak dapat diredakan dengan doa ini,maka kita hendaklah duduk sekiranya berdiri,sekiranya kita sedang duduk,maka baring la.Sekiranya duduk dan baring itu tidak memberi kesan juga pada kita,maka hendaklah kita mengambil wudhu pula.Kerana Sabda Baginda:
Sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api,api hanya boleh dipadamkan dengan air,maka,apabila kamu ingin marah,kamu hendaklah mengambil wudhu’.
(Diriwayatkan dari Abi Daud)
Oleh kerana itu,kita perlu la letak diri kita serendah rendah nya di atas muka bumi ini,supaya menghapuskan sifat takabburnya yang menjadi faktor utama kemarahan.Ketahuilah,mengawal perasaan marah itu adalah perbuatan yang baik,dan Allah telah memuji golongan ini didalam al Quran.
Kesimpulannya,Sabda Baginda:
Sesiapa yang cuba mengawal kemarahan nya,dan sekiranya perkara tersebut dikehendaki oleh allah ,sudah pasti Allah mengkehendakinya.Setelah itu,sudah pasti Allah akan memenuhi hatinya dihari kiamat dengan keamanan dan keimanan. (Diriwayatkan oleh Abu Daud)






0 ulasan:
Post a Comment