![]() |
Cinta yang di kehendaki
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Yang Maha Mengetahui Segala Apa Yang Terahsia di Langit Mahupun di Bumi . Allah Yang Maha Berkuasa Atas Setiap Titisan Hujan . Maha SuciMU Ya Allah . Tuhan Yang Memiliki Sekalian Alam .
Cinta yang di kehendaki oleh seorang muslim
adalah cintaNya pada Allah dan makhlukNya,cinta pada Allah ini jangan kita
boleh samakan dengan cinta sesama makhluk dan cinta Allah ini mestilah ia
lebih tinggi dengan mana-mana cinta sekalipun, adapun cinta kita sesama
makhluk ini adalah seperti mana kita cintakan rasulluLlah(saw) yang mana beliau
seorang manusia yang biasa tetapi diangkat ia oleh Allah sebagai
rasul sekalian ummat..
Di antara sebab kenapa saya berbicara hal ini,antara nya adalah seperti mana saya ulas tadi,apabila seorang yang muslim itu bercinta ia perlu menyedari siapakah yang menghidupkan dia dibumi ini dan juga memberi segala nikmat di atas muka bumi yang bersifat sementara ,oleh kerana itu,mesti lah kita mengangkat dahulu cinta Allah terdahulu dan selepas itu barulah cinta kita sesama manusia sekalipon,kerana Allah subhanahu wa taala itu,amat menyanyangi pada hamba hambaNya dan ia jugalah yang menghidupkan segala apa yang ada dibumi mahupun dilanggit…
Cinta sesama makhluk ini banyak,ada orang tu
cinta pada ulamak-ulamak,ada orang tu cinta pada family dia dan paling kita
ketahui adalah cinta pada seorang wanita yang telah menjadi isteri
kita,Berbicara tentang cinta makhluk ni sampai bila-bila pon tak abis,tetapi
kita perlu mengambil contoh seperti rasullullah yang sangat menjaga keadaan
ummat nya,apabila ummat nya memerlukan sesuatu,ia sanggup memberi pada orang
lain walaupon benda itu ada keperluan bagi dia sekalipon,
firman Allah dalam al-quran yang mulia itu,,
Sesungguhnya telah pada diri rasulluLlah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah..
(surah Al-ahzab,ayat 21)
Natijah bagi semua ini,kita semua ada cinta yang tersendiri,ada orang itu cinta Nya pada ulamak-ulamak dan ada juga cinta orang itu pada buah hatiNya yang belum kahwen atau pon sudah,tapi paling manis lepas kahwen la bohh..ikut pandai laa,walaubagaimanapon,biarlah cinta kita yang lebih Aula itu adalah cinta kita pada
Allah subhanahu wa ta’ala dan rasul rasul Nya..^_^
Hanya sekadar itu sahaja permulaan kalam
kalam ku.






