Saturday, 2 February 2013


JANGAN MARAH WAHAI TEMANKU.


Bismillahi’ Rahmani’Raheem..


Ketahuilah,sesungguhnya marah itu adalah sifat tercela yang banyak memberi kesan buruk.Ini kerana,ia boleh memberi kesan pada tubuh badan  luaran ataupon dalaman(hati).Maka menghapusakan kemarahan merupakan sebahgian perkara yang penting dalam agama islam.

Pernah berlaku peristiwa ketika zaman RasuluLlah ,seorang lelaki pernah berjumpa dengan Nabi Saw,lalu ia pon berkata:

Ya rasulullah suruhlah aku melakukan sesuatu dan apa yang perlu aku kurangkan.

Lalu Baginda pon menjawab dengan soalan yang diberi:


لا تغضب
janganlah marah

Lelaki itu mengulangi beberapa kali permintaan nya,tetapi nabi Muhamad Saw tetap menyebut perkara yang sama..

Marah itu perlu dihapuskan tetapi bukan bermaksud semua,bahkan sekiranya terhapus kesemuanya,kita perlu untuk menghasilkan semula.Ini kerana ia merupakan ‘’peralatan’’ untuk kita memerangi orang  kafir,mencegah kemungkaran dan menyuruh kepada kebaikan.Manakala kaedah menghilangkan marah melalui perkejaan itu pula,seorang itu perlu berkata:

الرجيم الشيطان من  باالله أعوذ
Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan yang rejam

Ini kerana kemarahan itu berpunca dari syaitan.Jika sekiranya kemarahan itu tidak dapat diredakan dengan doa ini,maka kita hendaklah duduk sekiranya berdiri,sekiranya kita sedang duduk,maka baring la.Sekiranya duduk dan baring itu tidak memberi kesan juga pada kita,maka hendaklah kita mengambil wudhu pula.Kerana  Sabda Baginda:

Sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api,api hanya boleh dipadamkan dengan air,maka,apabila kamu ingin marah,kamu hendaklah mengambil wudhu.
                                                                                                           (Diriwayatkan dari Abi Daud)
Oleh kerana itu,kita perlu la letak diri kita serendah rendah nya di atas muka bumi ini,supaya menghapuskan sifat  takabburnya yang menjadi faktor utama kemarahan.Ketahuilah,mengawal perasaan marah itu adalah perbuatan yang baik,dan Allah telah memuji golongan ini didalam al Quran.

Kesimpulannya,Sabda Baginda:
Sesiapa yang cuba mengawal  kemarahan nya,dan sekiranya perkara tersebut dikehendaki oleh allah ,sudah pasti Allah mengkehendakinya.Setelah itu,sudah pasti  Allah akan memenuhi hatinya dihari kiamat dengan keamanan dan keimanan.                                                                      (Diriwayatkan oleh Abu Daud)


Wednesday, 16 January 2013

Cinta  Kasih  Seorang Ibu  Kepada     Anak’

Sebuah cerita yang berda di sebuah desa,,cerita ni mengkisahkan seorang ibu yang sangat sayang pada anaknya,selepas pemergian ayah nya,ibunya hanya duduk berdua sahaja dengan anak satu satunya,anak nya bernama faizee yang sangat hensem apatah lagi cute tetapi malang nya ia sering membuat ibu nya menangis dengan perangai jahat dia,,seperti berjudi,mencuri,berganja,dan lain lain lagi..

Ibu dia selalu berdoa kepada Allah subhanahu wa taala,


‘’Ya Allah   engkau lah yang maha mengdengar lagi maha mengampuni,aku memohon kepada kau supaya menjadikan anak aku itu,seperti anak anak yang soleh,kerana diriku ini tidak mampu lagi melihat kejahatan yang di lakukan dari anak ku terhadap kau,,



Setiap kali farid keluar dengan kawan kawan Nya,ibu ia sering menegur supaya sembahyang jangan sekali kali tingal,tetapi dalam hati farid yang sudah lama menjadi hitam kerana sombong nya pada Allah lalu tidak mendengar kata ibu yang melahirkan nya dibumi ini..

Suatu hari ,anak nya di tangkap kerana melakukan perbuatan yang membuatkan ia dipancung sampai mati,lalu didengari oleh ibunya tentang berita yang akan berlaku pada anaknya,ibunya terus rebah
dan menangis kerana tidak mampu hilang anak satu satunya,ibunya terus pergi ke tempat dimana
akan dijalankan hukuman pancung pada anaknya,lalu si ibu merayu supaya meringankan hukuman anak nya bukan untuk memutus tali hayat nya.

Bagi seorang ibu,kehilangan anak sperti kehilangan yawa nya,kerana dialah yang bersusah payah menglahirkan kita dibumi ini.

Bersunguh sunguh seorang ibu merayu untuk meringankan hukuman terhadap anak nya,tetapi rayuan ibunya ditolak, Dengan hati hancur, ibunya kembali ke rumah. Tak berhenti dia berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur karena kelelahan.

Keesokan harinya, diumumkan tempat yang sudah ditentukan, iaitu tempat rakyat menyaksikan hukuman tersebut. Si pemancung sudah siap dengan pancungnya dan anak itu sudah redha dengan nasibnya. Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis menyesali perbuatannya.Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba. Sampai waktu yang ditentukan tiba, lonceng belum juga berdentang. Sudah lewat lima minit dan suasana mulai kecoh, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan lonceng pon datang. Ia menjadi heran kerana sudah dari tadi dia menarik tali lonceng tapi dentangnya tidak ada lalu rakyat pon jadi bingung.Saat mereka semua sedang bingung, tiba-tiba dari tali lonceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari  tempat di mana lonceng itu diikat. Dengan jantung berdebar-debar seluruh rakyat menantikan saat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah.



Tahukah anda apa yang terjadi?. Ternyata di dalam lonceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepala hancur berlumuran darah. Dia memeluk bandul di dalam lonceng yang menyebabkan lonceng tidak berbunyi, dan sebagai gantinya, kepalanya yang dihentak dinding lonceng.

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata. Sementara si anak meraung raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan. Menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya. Ternyata malam sebelumnya si ibu dengan susah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng. Dan memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung anaknya.Allahuakbar..


Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu itu pada anaknya.
Jahat manapon kita pada ibu,ia tetap mengasihi kita. ^_^


Marilah kita mengasihi orang tua kita masing masing selagi ia hidup. karena mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini.
Sayang umiku..^_^

Monday, 7 January 2013

Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan Seharian..



Maha suci Allah yang menjadikan langit dan bumi dan tidak lupa juga pada rasulNya rasulluLlah(saw)
yang merupakan rasul yang terakhir pada akhir zaman ini..

Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan Seharian..

Pertama: Tahajjud,
karana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

KeduaMembaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karana masjid merupakan pusat kebarakahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan mesjid Allah.

Keempat
: Jaga solat dhuha,karena kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima
Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam
Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”

Ketujuh
: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.



Nabi SAW bersabda,


 “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.”

Saturday, 5 January 2013

Meraih Redha Ilahi..



Cinta yang di kehendaki


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Yang Maha Mengetahui Segala Apa Yang Terahsia di Langit Mahupun di Bumi . Allah Yang Maha Berkuasa Atas Setiap Titisan Hujan . Maha SuciMU Ya Allah . Tuhan Yang Memiliki Sekalian Alam .


Cinta yang di kehendaki oleh seorang muslim adalah cintaNya pada Allah dan makhlukNya,cinta pada Allah ini jangan kita boleh samakan dengan cinta  sesama makhluk dan cinta Allah ini mestilah ia lebih tinggi dengan mana-mana cinta sekalipun, adapun cinta kita sesama makhluk ini adalah seperti mana kita cintakan rasulluLlah(saw) yang mana beliau  seorang manusia yang biasa tetapi diangkat ia oleh Allah sebagai rasul sekalian ummat..

Di antara sebab kenapa saya berbicara hal ini,antara nya adalah seperti mana saya ulas tadi,apabila seorang yang muslim itu bercinta ia  perlu menyedari siapakah yang menghidupkan dia dibumi ini dan juga memberi segala nikmat di atas muka bumi yang  bersifat sementara ,oleh kerana itu,mesti lah kita mengangkat dahulu cinta Allah terdahulu dan selepas itu barulah cinta kita sesama manusia sekalipon,kerana Allah subhanahu wa taala itu,amat menyanyangi pada hamba hambaNya dan ia jugalah yang menghidupkan segala apa yang ada dibumi mahupun dilanggit…


Cinta sesama makhluk ini banyak,ada orang tu cinta pada ulamak-ulamak,ada orang tu cinta pada family dia dan paling kita ketahui adalah cinta  pada seorang wanita yang telah menjadi isteri kita,Berbicara tentang cinta makhluk ni sampai bila-bila pon tak abis,tetapi kita perlu mengambil contoh seperti rasullullah yang sangat menjaga keadaan ummat nya,apabila ummat nya memerlukan sesuatu,ia sanggup memberi pada orang lain walaupon benda itu ada keperluan  bagi dia sekalipon,



 firman Allah dalam al-quran yang mulia itu,,


Sesungguhnya telah pada diri rasulluLlah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah..
(surah Al-ahzab,ayat 21)


Natijah bagi semua ini,kita semua ada cinta yang tersendiri,ada orang itu cinta Nya pada ulamak-ulamak dan ada juga cinta orang itu pada buah hatiNya yang belum kahwen atau pon sudah,tapi paling manis lepas kahwen la bohh..ikut pandai laa,walaubagaimanapon,biarlah cinta kita yang lebih Aula itu adalah cinta kita pada
Allah subhanahu wa ta’ala dan rasul rasul Nya..^_^
Hanya sekadar itu sahaja permulaan kalam kalam ku.





kehebatan